Produk

REMPAH GRILL FORMULASI ALKANZ YAMANI




Rempah ini dikeluarkan oleh Saudagar Rempah Alkanz yang di asaskan oleh Chef Roy atau Rozaini Yaakob. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk mencipta formulasi hasil gabungan Arab Yaman dan Mediterranean.

Pada mulanya Chef Roy memang menghasilkan rempah ini untuk tujuan membakar kambing golek. Namun setelah dicuba memang sesuai juga untuk membakar daging lembu, ayam dan puyuh. Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani ini  dalam 4 bahan untuk satu set. CUKUP SEDAP CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI.

MARINATES POWDER (RAMUAN REMPAH)


"Marinates Powder” yang mana akan diguna untuk menyalut bahan yang hendak dibakar.  Cara membacuhnya ambil Marinates Powder dicampur air biasa biar bersalut lebih kurang bedak sejuk kemudian salut di bahan yang hendak dibakar. Kemudian  perap dalam paling kurang 20 minit dalam bekas yang tertutup.


GLAZE


GLAZE yang diguna menyapu kepada bahan yang di bakar.  Macam orang bakar satay menyapu minyak tapi sapu bagi rata dan ulang sapu apabila kelihatan kering sehinggalah bahan yang kita bakar  masak.

BLACKPEPPER POWDER


Pakej ini juga menyediakan sos  untuk mengicah bahan bakar tadi. Cara memasaknya ambil air lebih kurang 150ml masak hingga mendidih kemudian perlahankan api masukan serbuk blackpepper sedikit demi sedikit dan kacau sehingga  sebati kemudian masukan air asam asam sebesar ibu jari atau 2-3 gm. Kacau beberapa ketika siap untuk dihidangkan


MASHED POTATO


Disamping itu pakej ini dilengkapi dengan Mashed Potato. Cara menyediakan masak air 100 ml hingga mendidih. Perlahankan api dan masukan susu segar (susu Kotak) 125ml dan kacau. Kemudian masukan serbuk Mashed Potato sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati. Apabila separuh adun boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


EMPAT BAHAN INI MENJADIKAN SATU SET REMPAH GRILL FORMULASI ALKAN YAMANI YANG DIJUAL DENGAN HARGA RM35.00. TAWARAN PERKENALAN HANYA RM30.00 (TIDAK TERMASUK BELANJA POS).  1 SET REMPAH GRILL ALKANZ INI KITA BOLEH GUNA UNTUK 5 - 6 EKOR AYAM ATAU 5 - 6 KG DAGING LEBIH KURANG. CUKUP ENAK DAN MENGUNTUNGKAN.

JIKA INGIN MEMBUAT TEMPAHAN BOLEH SMS ATAU WHASAPP 019-560 7802


No comments:

Post a Comment